Headlines

Sejarah Siam dan Melayu

Kami telah menceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka sepertimana tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islam bukan oleh Raja Thai. Raja Siam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha. Bangsa Thai berasal dari Tibet iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain dahulu.

Sejarah bermula apabila Raja Nyajud BuddhaAluang Phraya dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet lalu menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thaidi Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736 masihi bermula dengan berbaik-baik, bangsa Thai memasukki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayut’ia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syahmasih lagi memerentah. Nama baginda ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17 bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia dan baginda bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.

“Meanwhile in the 13th century the most celebrated of early Tai states was the kingdom of Sukhothai. Modern Thais regard Sukhothai as the birthplace of the Thai nation, particularly under Ramkhamhaeng, king c.1279 – 1298, whose rule is celebrated by the Sukhothai stone – an inscribed obelisk reputedly discovered in 1833 by the Thai prince Mongkut, then a monk and scholar and later Thailand’s first modernising monarch. The inscription portrays Sukhothai as an idyllic place, governed by a just, fatherly and devoutly Buddhist monarch. Possibly it is Ramkhamhaeng’s self-justifying counterblast to the arrogance and avariciousness of imperial Angkor. In recent years the stone’s authenticity has been questioned, some sceptics arguing that Mongkut himselfdevised the inscription to give his people an appealing early history”.History of South Asia, Asean Focus group

Usaha ke arah mengubah sejarah ini telah dijalankan bukan semenjak zaman Rama I yang terkenal sebagai penulis malah turut disambung dizaman Mongkut juga. Strategi yang sama turut digunakan Inggeris, dalam usaha merekamemadam tamaddun Islam di nusantara ini.

Pada tahun 1752 masihi bangsa Thai menyerang Raja Siam Toung Oo, Maha Dammaiyaza (Dipati) Syarif Syah yang ketika itu bersemayam di Istana Ayuthia Mandalay. Mereka menukar nama Negeri Siam Toung Oo menjadi negeri Burma. “Burma”dalam bahasa Siam bermaksud “Puak Pendatang”. Maha Dammaiyaza Syarif Syah berpindah balik ke Ayuthia dari Toung Oo. Baginda adalah anakanda kepada Cau Pija Si Thammrat, Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.

Pada tahun 1758 masihi, berikutan kemangkatan Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, mereka mula bertindak dengan cara mengepung serta mengusir Raja Siam Kamboja, Pho Chan Sultan Mud Zafar Syah III, anakanda kepada Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia yang mana ketike itu memerentah di kemboja di Cempakasari. (Kami ingin mengingatkan bahawa Maha Dammaiyaza (bahasa Arab ni) Raja Toung Oo, Boromoraja V Ekataat dan Syarif Yang Di Pertuan, adalah orang yang sama).

Baginda Po Chan ini menjadi Raja Islam di Kamboja Cempakasari. Dalam peperangan dengan Raja penjajah bangsa Thai ini, Aluang Praya dari Burma ini berjaya di bunuh oleh tentera Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh di sebuah tempat yang kemudiannya di gelar Taikala. “Taikala (tai-kha-la) adalah bahasa Siam bermaksud “Mati di Bunuh”. Po Chan bersama pengikutnya kembali ke Kedah dan ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar dan hari ini kita mengenali baginda sebagai Sultan Mudzaffar Syah III, Perak atau Raja Kemboja.

Pada tahun 1767 masihi tentera Buddha Chakri Sokho Thai menyerang Kota Ayut’ia, tempat bersemayamnya Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Baginda kemudiannya berundur ke Ligor dan kembali ke Kedah. Pada tahun 1782 masihi Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai melantik anak menterinya, Chula Lok (bermaksud anak-menteri)menjadi Raja Thai Rama I Ayut’ia negeri Siam (thai menjajah negeri Siam).

“Rama I (reigned 1782–1809) had been born of a Thai father – a relatively minor Ayudhyan officialthough of aristocratic lineage – and a Chinese mother”. History of South Asia, Asean Focus group.

Pada tahun Musuh Bisik 1821 masihi Kedah pula diserang oleh Rama II Chakri Sokho Thai. Tentera Raja Buddha Bangsa Thai ini telah datang khas untuk membunuh Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V, Ekataat Syarif Yang Di Pertuan yang pada ketika itu bersemayami Istana Ayut’ia Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada nama Thailand sempena nama bangsa mereka, Sukho Thai. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Seterusnya pada tahun1876 masihi tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan mereka terus menjajah negeri Kedah selama lima tahun.

Mereka bersama dengan penjajah Inggeris menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayut’ia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah. Pada tahun1881 masihi Raja Chakri I Thailan,,d melantikSultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat di raja Thailand (sebagai tanda terima kasih menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam) Mak Inchik Manjalaraserta membina sebuah Wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah hari ini.

Pada tahun 1909 masihi Raja Buddha Thailand menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani tetapi telah meletakkan raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaikki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah. Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat dizaman Jepun dan penjajah Inggeris tidak ada ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam tetapi Siam yang mana?, Siam Islam Kedahlah, bukan thai yang menjajah negeri Siam sekarang ini. Dengan itulah, TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabal Sultan Badlishah, menaikki takhta menjadi Sultan Kedah. Inilah sejarah yang digelapkan oleh Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945 dan bermulalah propaganda mereka memburukkan tentera Jepun padahal mereka dan thai lebih kejam daripada Jepun yang cuma berada disini selama 3 tahun sahaja

Sumber

Lihat Sumber Lainnya:

1. Sejarah Kedah
2. Sejarah Barus
3. Realiti Kedah
4. Panglima Bukit Gantang

Share this:

Post a Comment

 
Copyright © Melayu Siam. Designed by OddThemes